Sewa Ambulan di Delhi India – 10,000 rupees (RM500) bagi jarak 4km.

sewa ambulan di Delhi, India

India mencatatkan 3,86,452 kes koronavirus baru dalam 24 jam terakhir. Lima negeri teratas yang mendaftarkan kes maksimum adalah Maharashtra dengan 66,159 kes, diikuti Kerala dengan 38,607 kes, Uttar Pradesh dengan 35,104 kes, Karnataka dengan 35,024 kes dan Delhi dengan 24,235 kes.

Kes yang mendadak naik telah menjadikan keadaan kelam kabut dan fasiliti perubatan juga didapati tidak mampu menampung bilangan kes yang banyak ini seperti katil hospital, tong gas oksigen, bantuan ambulan dan bantuan kakitangan perubatan. 

Kekurangan fasiliti ini menyebabkan rakyat terpaksa menggunakan khidmat penyedia perkhidmatan swasta. Tapi malangnya ada di antara penyedia fasiliti kesihatan swasta ini yang mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang tidak munasabah ke atas service mereka. 

Seorang polis di India telah membuat naik status di twitter beserta dengan satu gambar resit sewaan ambulan di Delhi, India. Dan status tersebut menyebutkan  

“Sepuluh ribu rupee untuk jarak empat km. Penyewaan ambulans di Delhi.Dunia memerhatikan kita hari ini. Bukan sahaja kehancuran tetapi juga nilai-nilai moral kita”

Berikut adalah pautan ke twitter tersebut. 

 

Kerajaan dan rakyat Malaysia, perlu mengambil pelajaran dan pengajaran dari kes Covid19 di India ini. Adalah amat penting bagi kita semua untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.  SOP untuk majlis-majlis keramaian hendaklah diperketatkan. Sama-sama kita melawat Virus Covid19 ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: