Sokongan Flash Telah Berakhir. Masih Bolehkah Anda Menggunakannya pada 2021?

Flash Support Has Ended.

Adobe Flash secara teknikalnya sudah tiada, kerana Adobe menghentikan pembangunannya pada 30 Disember 2020. Ini bermakna bahawa tidak ada browser utama – Chrome, Edge, Safari, Firefox – yang menyokongnya lagi. Anda boleh melupakan video Flash, permainan Flash, laman Flash vintaj – semuanya.

Mengapa ini berlaku, dan apa yang anda lakukan sekiranya anda benar-benar perlu mengakses kandungan Flash nanti?

Mengapa Flash Dihapuskan?


Pengurangan dan penutupan Flash sebahagian besarnya adalah sebab-sebab keselamatan. Flash pernah menjadi standard untuk video, permainan, dan konten Web lain, tetapi sangat rapuh terhadap eksploitasi, cara ia menggunakan memori dan masalah lain. Isu lain adalah kesukarannya berintegrasi dengan teknologi mudah alih kerana kecenderungannya untuk menggunakan tenaga yang banyak dan kurangnya sokongan pada iOS dan Android.

Adakah saya masih dapat mengakses kandungan Flash?

Sejak awal tahun 2021, mengakses kandungan Flash yang berada di web-web lama tetap boleh dilakukan, tetapi memerlukan sedikit usaha. Browser terkini tidak lagi dapat support Flash, tetapi anda boleh menggunakan browser versi lama, anda perlu disable browser lama ini daripada membuat update secara automatik, dan menggunakannya hanya untuk kandungan Flash.

Sudah tentu, ini berkaitan dengan masalah keselamatannya sendiri, jadi lakukan ini dengan risiko anda sendiri dan berhati-hati seperti menjalankannya di sandbox dan hanya mengunjungi laman web yang anda percayai. Anda boleh memuat turun fail Flash (SWF) dan menggunakan pemain Flash desktop (seperti SWF File Player) untuk membukanya .

Pendekatan ini mungkin memakan masa dan teknikal jika anda ingin menyimpan semua kandungan kegemaran anda.

Lihat Juga :   Twitter Blue diberi keutamaan dalam conversations dan boleh upload video sehingga 60 minit

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!