728*90

Sokongan Microsoft Windows 7 Berakhir Pada bulan Januari, Inilah Apa yang Anda Perlu Tahu

sokongan windows 7 berakhir

Sokongan Microsoft Windows 7 Berakhir Pada bulan Januari, Inilah Apa yang Anda Perlu Tahu

upgarde windwos 7 anda kepada windows 10 tiada lagi patch untuk windows 7

Kemunculan Windows 7 adalah sangat lama jika dibandingkan dengan versi Windows yang lain. sekarang sudah tiba masanya untuk Microsoft untuk menamatkan sokongan (support) untuk sistem operasi Windows 7.

Microsoft pertama kali mengeluarkan Windows 7 kepada orang awam lebih 10 tahun yang lalu, dan ia mendapat sambutan dan penggunaan yang sangat baik dan merupakan produks Mircrosoft yang paling hits dalam sejarah ditambah lagi dengan kekurangan yang dibawa oleh Windows Vista.

Sokongan Windows 7 (windows 7 support) Berakhir Pada bulan Januari

Microsoft telah menetapkan tarikh penamatan 14 Januari, 2020 untuk sokongan lanjutan Windows 7. Microsoft mengeluarkan amaran berikut awal tahun ini:

14 Januari, 2020 adalah hari terakhir Microsoft akan menawarkan kemas kini keselamatan dan sokongan teknikal untuk komputer yang menjalankan Windows 7. Kami tahu bahawa perubahan boleh menjadi sukar, sebab itulah kami menjangkau lebih awal untuk membantu anda membuat salinan dan backup fail anda dan bersedia untuk apa yang akan datang .

Ringkasnya, Microsoft tidak akan lagi menawarkan OS atau kemas kini keselamatan selepas 14 Januari – jadi penggunaan adalah di atas risiko anda sendiri. Anda tidak akan lagi menerima patch untuk mengatasi sebarang eksploit keselamatan terutama yang mungkin timbul apabila menggunakan operating system Windows 7 ini.

sokongan windows 7 tamat

Walaubagaiamanpun, Windows menyediakan satu pakej yang dipanggil  Windows 7 Extended Security Updates Continue For Customers Enterprise. iaitu satu program berbayar yang boleh disubscribe oleh syarikat-syarikat yang memerlukan updates kepada windows 7 mereka. Microsoft menawarkan apa yang dipanggil Windows 7 Extended Security Updates (ESUs), dengan kos $ 25 hingga $ 200 setahun bagi setiap workstation.

Lihat Juga :   Tesla Cybertruck sudah ada lebih daripada 145,000 pesanan - Elon Musk

Ia adalah cara yang yang tidak ekonomi untuk memastikan kemas kini sentiasa ada bagi sistem0sistem yang sedia ada yang belum sempat di upgrade kepada version yang lebih terkini iaitu Windows 10 atau selanjutnya, tetapi walaupun Exteded Security Updates ini hanya akan disediakan sehingga 2023. Pada ketika itu, Windows 7 akan berusia 14 tahun, dan ia akan menjadi agak bodoh dan tidak praktikal jika sesetengah syarikat masih tidak menambah baik sistem mereka. Kerana menggunakan sistem operasi yang lama bagi menjalankan operasi syarikat. Terlalu berisiko.

Walaubagaimanapun, kini terdapat satu penyelesaian untuk mereka yang tidak mahu membayar Extended Security ini, iaitu dengan BypassESU. Ini akan ready selepas KB4528069 dilancarkan untuk Windows 7. Alat yang dipanggil BypassESU yang tidak disokong / dijamin oleh Microsoft, tetapi membenarkan sistem Windows 7 yang belum “diberi kuasa” oleh Microsoft untuk menerima ESU berbayar secara percuma.

Skrin Nag Menanti Untuk Pengguna Windows 7 Yang Belum Ditingkatkan Untuk Windows 10

Jika anda seorang pengguna Windows 7, anda mungkin sudah melihat skrin nag yang memberi amaran kepada anda bahawa sokongan telah berakhir dan anda perlu menaik taraf ke Windows 10. Pop-up ini mula di pop-up kan pada awal tahun ini.

sokongan windows 7 sudah tamat januari 2020

 

Kesimpulan

Adalah amat penting untuk anda mengambil perhatian kepada perubahan ini, kerana kami yakin banyak aplikasi terutama aplikasi legacy/lama yang belum diupgrade kepada 64 Bits. Sudah sampai masanya untuk anda bertindak sekarang.

Kami mencadangkan anda bertindak sekarang, sebelum anda menghadapi kesukaran pada masa hadapan.

 

 

Hits: 186

About Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply