Sony Menghentikan McDonalds Australia Dari Memberikan Hadiah PS5 Controller

PS5 Contoller McDonald

Sehingga minggu lalu McDonalds Australia telah merancang untuk memberikan sekumpulan customize PS5 controller, masing-masing dihias dengan motif burger + fries untuk meraikan ulang tahun ke-50 syarikat itu (di Australia). Anehnya, raksasa makan antarabangsa itu lupa bertanya kepada Sony mengenai perkara ini terlebih dahulu.

Ianya menjadi tanda tanya kepada kami dan juga kepada anda semua, macam mana sebuah organisasi besar seperti McDonalds ini yang mempunyai pasukan undang-undang yang hebat boleh menggunakan customize “PlayStation 5” dan menggunakan imej controller sebagai sebahagian daripada pemasaran mereka.

McDonalds hanya terus melaksanakannya, mengumumkan rancangan untuk memberikan controller sebagai sebahagian daripada pertandingan, dan juga mengirimkan beberapa kepada streamers tempatan juga.

Perkara ini mungkin sangat memalukan, tetapi kami  secara personelnya sangat menyukainya. Dan banyak peminat diluar sana yang berminat dengan benda ini. Mungkin Sony & McDonalds boleh memikirkan perkara ini di selepas ini. 

Namun, sebaik sahaja Sony mendapat tahu, mereka terus masuk dan menyekatnya, dan McDonalds harus segera membuat pengumuman susulan yang mengatakan:

“Sayangnya, minggu streaming McDonald telah ditunda dan tidak akan berlangsung pada hari Ahad ini. Kami tidak dapat mengesahkan tarikh baru untuk acara tersebut pada masa ini. Kami akan mempunyai beberapa hadiah hebat termasuk Macca’s Hoodies ke-50 dan langganan 50 saluran. agar setiap streamer dapat diberikan. Kami akan menghubungi masa baru sebaik sahaja kami mengesahkannya. “

Lihat Juga :   Fortnite akan kembali ke iOS tidak lama lagi

Sony PlayStation tidak membenarkan penggunaan alat kawalannya dalam bahan promosi yang berkaitan dengan acara Stream Week yang dicadangkan dan kami meminta maaf atas kesulitan yang ditimbulkan. Minggu streaming McDonald telah ditunda dan Controller Sony PlayStation tidak akan termasuk dalam senarai hadiah. “

Sumber : kotaku.com

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!