Starlink Mungkin Ada Di Malaysia Tahun 2023

SpaceX hari ini mendedahkan bahawa perkhidmatan jalur lebar satelitnya Starlink kini boleh diperoleh di 32 negara. Kebanyakan negara ini terletak di Amerika Utara dan Eropah bersama Brazil, Chile, New Zealand dan separuh daripada Australia.

Bagaimana pula dengan Malaysia? Menariknya, negara kita bersama-sama dengan banyak negara lain di seluruh dunia telah diletakkan di bawah kategori “Coming Soon“.

starlink malaysia

Anda boleh melihat lable “Starting in 2023” akan muncul apabila anda mengarahkan kursor anda ke Malaysia pada Starlink’s coverage map, seperti yang ditunjukkan di atas. Borang pre-order juga menyatakan bahawa Starlink menjangkakan untuk mengembangkan perkhidmatannya ke pasaran kita pada tahun 2023.


Patutkah kita teruja? 

Starlink menyediakan internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan low-latency di seluruh dunia. Dalam setiap kawasan liputan.

Menggunakan satelit termaju dalam orbit rendah, Starlink membolehkan kita menggunakan panggilan video, permainan dalam talian, penstriman dan aktiviti kadar data tinggi lain yang mana sebelum ini, ianya adalah agak mustahil untuk dilakukan dengan internet satelit. Pengguna boleh mengharapkan untuk melihat kelajuan muat turun antara 100 Mb/s dan 200 Mb/s dan low-latency 20ms di kebanyakan lokasi.

Starlink sangat sesuai untuk kawasan yang sambungannya tidak baik atau tidak tersedia oleh talian broadband seperti unifi atau 4G dan 5G. Orang ramai di seluruh dunia menggunakan Starlink untuk mendapatkan akses kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan juga sokongan komunikasi semasa bencana alam.

Ini adalah sesuatu yang memboleh mengembirakan bagi mereka yang memang sukar untuk mendapat connectivity internet. 

Lihat Juga :   Pemasangan rasmi peralatan internet Starlink pertama Malaysia di UiTM Kuala Pilah

Kos Langganan


Walaupun Starlink akan tersedia di Malaysia, ia akan mungkin menjadi agak mahal. Di Amerika Syarikat, kit Starlink sahaja sudah berharga USD599 (~RM2,634) dan terdapat juga yuran langganan sebanyak USD110 (~RM484) sebulan.

Jika anda ingin upgrade maximum throughput daripada 250Mbps kepada 500Mbps, anda perlu mengeluarkan USD2,500 (~RM10,994) untuk kit Starlink Premium. Tidak lupa, terdapat juga bayaran bulanan USD500 (~RM2,199) yang disertakan bersamanya.

Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan kedatangan Starlink ke Malaysia nanti. Diharapkan kerajaan Malaysia atau pihak berwajib Malaysia dapat meluluskan starlink masuk dengan lebih cepat memadangkan banyak faedahnya kepada rakyat Malaysia. 

Sumber : lowyat.net

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!