Tayangan ‘Thor: Love and Thunder’ di Malaysia Ditunda lagi?

Thor: Love and Thunder

Kami ada berita sedih untuk peminat Thor di Malaysia.

Walt Disney, pengedar Thor: Love and Thunder telah menangguhkan tayangan filem terbaru Marvel di Malaysia.

Dalam catatan media sosial, TGV Cinemas mengumumkan bahawa filem itu telah ditangguhkan sehingga makluman seterusnya.

filem thor di malaysia ditangguhkan

“Berita Tergempar: Walt Disney Studios Malaysia telah mengesahkan bahawa tayangan #ThorLoveandThunder di Malaysia mungkin ditangguhkan. Nampaknya kita perlu menunggu sedikit lagi sehingga kita mempunyai tarikh baharu daripada Disney. Kami menghargai kesabaran anda.” tulisan itu berbunyi.

Filem itu dijadualkan untuk ditayangkan pada 7 Julai 2022 di negara Asia Tenggara.

Bagaimanapun, pada 1 Julai, pihak Walt Disney mengumumkan bahawa filem itu ditangguhkan ke 21 Julai.

Ini adalah kali kedua filem itu ditangguhkan. Tapi penangguhan kali ini tidak beserta tarikh baharu penayanggan.

Ianya juga tidak jelas mengapa filem itu ditangguhkan. Bagaimanapun, berdasarkan rekod lampau penapis Malaysia, kemungkinan besar ia disebabkan oleh beberapa adegan yang mungkin menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa.

Lihat Juga :   sah! Shuri secara rasminya ialah Black Panther seterusnya dalam poster baharu Marvel

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!