Salah seorang develepor yang mengusahakan pembuatan semula Dead Space EA berkata permainan itu terlalu menakutkan untuk dimainkan pada waktu malam dengan head fon. Ada juga betulnya, memandangkan permainan asal Dead Space EA ini adalah salah satu permainan seram paling popular pada tahun 2008.
Seperti yang ditunjukkan dalam treler permainan Dead Space di bawah, permainan ini boleh tahan hebat dan menarik. Pembuatan semula tajuk klasik ini menjanjikan pengalaman permainan seram sebenar yang mengambil kira semua aspek terbaik permainan asalnya dan ditambahbaik.
Sementara itu, develepor yang bertanggungjawab ke atas pengeluaran, EA Motive, cuba mengekalkan suasana tegang yang pernah dialami peminat sebelum ini. Dalam temu bual dengan Play Magazine (20/1) baru-baru ini, pengarah teknikal Dead Space, David Robillard, berkata bahawa permainan itu terlalu menakutkan untuk dia bermain dengan head fon.
Game ini mempunyai kualiti yang mengasyikkan, dengan antara muka Dead Space memainkan peranan utama dalam cara ia menyampaikan maklumat kepada pemain tanpa menghilangkan pengalaman. “Perkara ini,” kata Robilard, “boleh dilakukan [pada PS4], tetapi tidak pada tahap yang kita lakukan hari ini.”
Komen Robillard menunjukkan bahawa permainan ini memberikan pengalaman seram yang akan terasa biasa tanpa meninggalkan ketakutan baru dan set-piece atmosfera.
Jika dakwaan Robillard tentang betapa mengerikannya Dead Space menjadi kenyataan, kemungkinan besar EA boleh menghidupkan semula banyak game lain tetapi dengan kualiti yang lebih baik.
Untuk bermain Dead Space ini, ada memerlukan sekurang-kurang komputer dengan spesifikasi berikut :
- OS: Window 10 64-bit +
- Processor: Ryzen 5 2600x, Core i5 8600.
- Memory: 16 GB RAM.
- Graphics: AMD RX 5700, GTX 1070.
- DirectX: Version 12.
- Network: Broadband Internet connection.
- Storage: 50 GB available space.
- Requires a 64-bit processor and operating system