Jun 22, 2021
Buka Semula Phuket Kepada Pelancong

Thailand Akan Buka Semula Phuket Kepada Pelancong Yang Telah Menerima Vaskin mulai 1 Julai

Tidak memerlukan kuarantin, tetapi pelancong mesti tinggal di pulau selama 14 hari sebelum melakukan perjalanan ke wilayah lain di negara ini.

BANGKOK – Thailand bersiap sedia untuk membuka semula pulau peranginan Phuket pada 1 Julai 2021 kepada pelancong asing yang telah menerima vaksin.

Di bawah skim “Phuket Sandbox” , pelancong asing yang telah menerima vaksin akan dibenarkan mengunjungi pulau itu tanpa kuarantin. Namun, mereka harus tinggal di sana selama 14 hari sebelum melakukan perjalanan ke wilayah lain di negara ini.

Timbalan jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Natapanu Nopakun berkata persiapan untuk pembukaan semula wilayah itu bulan depan sedang dijalankan.

“Pembukaan semula bergantung pada situasi Covid-19 di Thailand dan luar negeri, serta persetujuan dari Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA),” katanya pada taklimat harian coronavirus di sini hari ini.

Natapanu berkata, setakat ini sekitar 50% penduduk di Phuket telah pun diberi vaksin.

Skim yang dicadangkan akan dibincangkan semasa mesyuarat CCSA yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada Isnin depan sebelum mendapat persetujuan kabinet pada hari Selasa.

Sebelumnya, Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) Yuthasak Supasorn mengatakan Phuket akan menjadi destinasi pertama di Thailand yang dibuka semula untuk pelancong asing yang diberi vaksin tanpa syarat kuarantin mulai 1 Julai.

“Kita semua di TAT berkongsi antisipasi dan kegembiraan semua orang di Phuket dalam persiapan menyambut kedatangan pelancong asing yang tidak lama lagi.

“Mulai 1 Julai, pelancong asing yang telah divaksin kan akan diizinkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin, jadi kami sedang menghitung hari mulai sekarang hingga pembukaan kembali pulau itu.”

TAT menjangkakan kira-kira 129,000 pengunjung ke pulau itu antara bulan Julai dan September tahun ini.

Selama 24 jam terakhir, Thailand mencatatkan 2,631 kes Covid-19 baru dan 31 kematian, menjadikan jumlah jangkitan di negara ini menjadi 171,979 dan kematian kepada 1177 kematian. – Bernama, 4 Jun 2021

Leave a Reply

%d bloggers like this: