Tiga Passport Asia paling berkuasa di dunia tahun 2023

tiga passport asia terbaik dunia

Tiga pasport negara Asia menawarkan kebebasan perjalanan global lebih besar kepada pemegangnya berbanding negara-negara lain di dunia, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Perkara itu didedahkan menerusi laporan suku tahunan terbaharu oleh firma penasihat kewarganegaraan dan kediaman global berpangkalan di London, Henley & Partners.

Menurutnya, warganegara Jepun menikmati akses tanpa visa atau dengan visa ke-193 destinasi di seluruh dunia sekali gus mendahului pasport Singapura dan Korea Selatan dengan masing-masing mencatatkan 192 negara.

Sejak rantau Asia Pasifik mula membenarkan kedatangan pelancong pasca-pandemik Covid-19, orang ramai kembali cenderung menggunakan kebebasan perjalanan rentas negara.

Kadar perjalanan global kini mencecah kira-kira 75 peratus berbanding era sebelum pandemik, demikian menurut data terbaharu firma itu yang merujuk pada maklumat Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Beberapa negara Eropah menduduki senarai teratas di bawah tiga negara Asia tersebut.

Jerman dan Sepanyol terikat di tempat ketiga dengan 190 destinasi, diikuti Finland, Itali serta Luxembourg dengan 189 destinasi.

Austria, Denmark, Belanda dan Sweden berkongsi tempat kelima, manakala Perancis, Ireland, Portugal dan Britain berada di kedudukan keenam.

Menepati jangkaan, Afghanistan sekali lagi berada di kedudukan tercorot dalam senarai dengan warganegaranya hanya boleh melawat 27 negara tanpa visa.

Senarai Henley & Partner ialah salah satu daripada beberapa indeks yang dicipta oleh firma kewangan untuk meletakkan kedudukan pasport global mengikut akses yang diberi kepada warganegara masing-masing.

Ia menyenaraikan 199 pasport mengikut bilangan destinasi yang boleh diakses oleh pemegangnya tanpa keperluan visa. Data akan dikemas kini sepanjang tahun apabila perubahan dasar visa berkuat kuasa.

Lihat Juga :   Pembayaran tol menggunakan kad debit atau kredit di 12 lebuh raya Malaysia ini mulai September

Sementara itu, Malaysia ber­ada di kedudukan ke-14 dalam senarai sama yang menyaksikan warganegaranya boleh melawat 179 negara lain tanpa visa. – Agensi

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!