Jika anda belum ada akaun tiktok. Boleh register di sini Tiktok.com
TikTok telah memanjangkan video hingga 10 minit. Perubahan ini dibuat selepas ujian selama beberapa bulan lalu.
Kini, pencipta boleh memuat naik video TikTok selama 10 minit ke apps TikTok. Ini bukan kali pertama platform video pendek Cina meningkatkan duration video.
Sejak apps itu dilancarkan pada 2017, TikTok telah memanjangkan tempoh video daripada 15 saat kepada 1 minit. Kemudian, pada Julai 2021, had panjang video TikTok dinaikkan kepada tiga minit. Minggu lalu, TikTok meningkatkan tempoh video kepada 10 minit.
Memetik Digital Trends, Selasa (1/3/2022), TikTok tidak membuat pengumuman umum sebelum memperkenalkan perubahan ini. Bagaimanapun, perunding media sosial yang berpangkalan di UK Matt Navarra mengumumkannya melalui akaun Twitternya.
TikTok creeping in on YouTube territory
— Matt Navarra (@MattNavarra) February 28, 2022
I can now upload videos up to 10 minutes long pic.twitter.com/P2Mbf4ygWV
Navarra memuat naik imej screenshot yang menunjukkan kemas kini pada TikTok. Di mana, pencipta kini boleh memuat naik video sehingga 10 minit melalui peranti masing-masing.
TikTok juga menjemput pencipta untuk mengemas kini aplikasi TikTok kepada versi terkini sebelum dapat mencuba ciri baharu ini.