Vaksin Covid19 Dijual Secara Online Di Darknet

vaksid covid19 dijual di darknet market

Pada bulan Disember 2020, FDA AS meluluskan vaksin Pfizer terhadap COVID-19. Dalam 24 jam, salah satu kempen vaksinasi global terbesar dalam sejarah bermula, dengan negara-negara di seluruh dunia bergegas untuk mendapatkan vaksin ini bagi mengakhiri wabak ini.

Malangnya, rantaian bekalan tidak dapat menampung permintaan yang tinggi dalam masa yang singkat, dan program vaksinasi mengalami kelewatan yang lama. Dan, ekoran itu, beberapa negara terpaksa mengutamakan beberapa kumpulan tertentu untuk mendapat vaksinasi terlebih dahulu. 

Apa yang dilakukan oleh pencari dos atau mereka yang terdesak untuk mendapatkannya? Dan pilihan apa yang terbuka bagi mereka yang ingin mendapat keuntungan dari kekacauan itu? Mereka beralih ke pasar gelap darknet atau darkweb. 

 

Apakah maksud Dark Web?

Dark Web / darknet merupakan terma yang merujuk secara spesifik kepada sejumlah laman-laman web yang hanya wujud pada rangkaian berenkripsi. Ianya tidak dapat diketemukan melalui enjin carian konvensional atau dilawati dengan menggunakan pelayar konvensional.

Hampir kesemua laman-laman di Dark Web ini melindungi identitinya dengan menggunakan perisian enkripsi Tor. Antara fungsi Tor adalah untuk melindungi identiti dan aktiviti pengguna, serta boleh juga digunakan untuk memalsukan lokasi. Laman web yang hanya dapat diakses melalui Tor juga mempunyai ciri yang sama bagi menambahkan lagi tahap kerahsiaannya.

 

Vaksin dijual di secara underground

Anda boleh menemui apa sahaja di pasar web gelap. ? Anda boleh mendapatkannya dengan harga  yang rendah. dan perkara-perkara lain yang ‘haram’. 

Tidak mengejutkan, sejak wabak covid19 bermula, pasar baru darkent juga rancak sama seperti market-market online baisa: mereka mula menjual semua perkara yang berkaitan dengan COVID seperti alat pelindung dan, termasuklah, vaksin.

 

Pakar dari Kaspersky menemui iklan untuk tiga vaksin COVID utama: Pfizer / BioNTech, AstraZeneca, dan Moderna di dalam web darknet.  Mereka juga menemui beberapa iklan untuk vaksin yang belum disahkan.

Harga bagi setiap dos antara $ 250 hingga $ 1,200, purata harga dalah sekitar $ 500. Analisis lebih lanjut menunjukkan bahawa harga telah meningkat dengan ketara setelah berita-berita keberkesanan Moderna dan Pfizer mula diperkatakan. Kebanyakkan penjual adalah berasal dari Perancis, Jerman, UK, dan Amerika Syarikat, dan komunikasi menggunakan aplikasi pesanan terenkripsi seperti Wickr dan Telegram.

 

group telegram jual vaksin covid19

group telegram yang menjual vaksin covid19.

 

Penjual biasanya meminta pembayaran dalam bentuk bitcoin, atau cryptocurrency lain. Ini menjadikan pembayaran lebih sukar untuk dijejaki dan mampu melindungi nama pengguna dan penjual. Sebilangan besar penjual yang ditemui oleh penyelidik Kaspersky telah melakukan 100 hingga 500 transaksi jualan.

vaksin covid19 dijual di darknet market

 

Scammer atau Betul?

Sudah tentu, apabila anda mencari produk yang dijual secara tidak sah, anda akan menghadapi risiko kehilangan wang anda pada produk yang sebenarnya mungkin tidak wujud dan termasuklah vaksin covid19 ini. 

vaksin covid19 dijual di darknet market

Walaupun jika mereka betul-betul menjual vaksin sebenar, dos mungkin tidak berkesan apabila ianya tiba pada kita kerana dos vaksin dari Pfizer dan BioNTech mesti disimpan pada suhu -70 darjah Celsius – jauh lebih sejuk daripada frozen atau pek ais di rumah anda. Ini bermaksud, jika ianya betul-betul dihantar pada anda, maka courier memerlukan fasiliti sejuk beku yang betul. Sudah tentu ianya sangat-sangat berisiko kepada anda. 

Vaksin Moderna mungkin sedikit lebih mudah diangkut, memerlukan penyimpanan -20 darjah Celsius, dan AstraZeneca dapat disimpan pada suhu peti sejuk biasa. Walau bagaimanapun, mengekalkan suhu di sepanjang rantaian pengiriman yang jauh dan lama. Dan pembeli juga tidak mempunyai pengetahuan cara untuk penyimpanan vaksin secara tepat apabila sampai kepada mereka. Dan juga cara-cara pengcairan vaksin. 

 

Jangan tergesa-gesa untuk vaksinasi, Ikut saluran yang disarankan oleh kerajaan. 

Sudah tentu, membeli-belah di darknet adalah perniagaan yang berisiko, dan jelas sejak tahun lalu bahawa penipu terlalu bersemangat untuk mengaut keuntungan dari krisis pendemic ini.

Tambahan pulak kita tidak pasti bahawa penjual-penjual ini akan benar-benar menghantar apa yang pembeli telah pesan. Transaksi ini adalah tidak selamat, lebih-lebih lagi pembayaran menggunakan bitcoin akan menambah lagi risiko pembelian, kerana kita tidak dapat mengesan siapa penjual sebenarnya.

Pendapat kami? Tunggu giliran anda untuk menerima vaksin sebenar dengan cara yang betul. Jangan terburu-buru untuk mendapatkannya. Kerana ianya adalah amat-amat berisiko kerana melibatkan nyawa kita dan keluarga kita. 

Sumber : Kaspersky

 

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: