WhatsApp secara senyap-senyap telah melancarkan ciri baharu kepada versi web perkhidmatan pemesejan peribadinya. Alat baharu ini membolehkan pengguna mencipta stickers mereka sendiri pada platform itu sendiri, tanpa perlu menggunakan apl pihak ketiga.

Mengaksesnya agak mudah; pergi ke chat, hanya klikpada ikon klip kertas yang terletak di sebelah bar teks dan pilih pilihan Stickers/Pelekat. Atau perkara yang sama boleh dilakukan dengan klik pada ikon emotikon dan kemudian memilih ikon stickers/pelekat yang akan muncul di sebelahnya.

Dari sana, klik pada butang create dan sistem akan akan meminta anda untuk memuat naik imej yang dikehendaki yang kemudiannya boleh disesuaikan lagi melalui alat penyuntingan yang telah disediakan (built-in). Alat itu sendiri menawarkan pelbagai pilihan penyesuaian di mana anda boleh measang elemen tertentu daripada imej, serta menambah emoji, teks dan pelekat tambahan di atasnya.

Pelekat disimpan dalam nisbah bidang segi empat sama dan menampilkan latar belakang transparent. Setelah dimuktamadkan, semua pelekat tersuai anda akan tersedia untuk anda pilih dengan mengakses pilihan Pelekat dalam chat.

whatsapp stickers

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, alat baharu ini kini tersedia untuk semua pengguna versi web platform pemesejan peribadi milik Meta. Menurut The Verge, WhatsApp juga akan melancarkan ciri ini ke aplikasi desktop pada minggu hadapan.

(Sumber: The Verge)