Apa itu Wahed Investment
Wahed adalah sebuah syarikat teknologi dan perkhidmatan kewangan Amerika yang berpusat di New York City, New York. Pada bulan Julai 2019, syarikat itu melancarkan dana pertukaran pertama di Amerika Syarikat yang mematuhi undang-undang Syariah. Wahed beroperasi di 130 negara dan mempunyai pejabat di Washington D.C., New York, London dan Dubai. Menurut CNBC, ia mempunyai nilai $ 100 juta.
Wahed ditujukan kepada pelabur yang mencari pelaburan yang beretika. Syarikat ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S., UK Financial Conduct Authority, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan pengawal selia lain. Lembaga semakan etika memantau pelaburan syarikat untuk memastikan mereka bersetuju dengan nilai-nilai Islam. Syarikat pelaburan tidak boleh melibatkan industri minuman keras, senjata api, perjudian atau tembakau, dan juga tidak dapat menjana keuntungan lebih daripada faedah. Penasihat robo melabur dalam Sukuk (bon Islam), saham A.S., pasaran saham baru muncul, harta tanah dan emas.
Wahed Investment Robo-Advisor, Apakah Robo – Advisor ?
Penasihat Robo atau robo-advisor, menurut Investopedia, adalah platform digital yang menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan automatik dan berdasarkan algoritma dengan sedikit atau hampir tidak ada campur tangan manusia. Jadi pelabur boleh menguruskan dana mereka dalam portfolio yang berbeza yang dikaji semula setiap tiga bulan, dipermudahkan oleh proses algoritma dan memerlukan penyeliaan minimum manusia.
Dengan kata lain, anda dapat mengurus pelaburan anda secara digital tanpa perlu berunding dengan penasihat kewangan, dan fee adalah rendah berbanding menggunakan manusia.
Perbezaan utama antara penasihat robo dan penasihat kewangan tradisional ialah mereka menggunakan data dan teknologi untuk memberikan pengurusan portfolio automatik dan diperibadikan.
Wahed Invest menggunakan robot dalam membuat analisa berkaitan dengan palaburan yang telah disetkan untuk anda. Ataupun dalam istilah pelaburan, ianya diberi nama, Robo – Advisor.
Robo advisor ini yang akan buat kerja-kerja pelaburan yang anda mahukan. Bila tiada / minium campur tangan manusia, adakalanya, pelaburan itu akan jauh lebih untung kerana tidak melibatkan perasaan dan lain-lain.
Malaysia sudah mempunyai 3 robot penasihat yang berlesen dan dikawal selia iaitu;
- StashAway
- My THEO
- Wahed Invest
Cara Melabur dengan Wahed Invest
Caranya adalah mudah sahaja. Anda tidak perlu subscribe dengan mana-mana syarikat broker atau mempunyai CDS account. Apa yang perlu ada buat adalah memuat turun Apps Wahed Investment di Google Playstore atau AppsStore.
Selepas anda download, sila mendaftarkan diri anda dengan mengisi beberapa maklumat dan menghantar dokumen yang diperlukan. anda boleh mula masukkan dana ke dalam akaun anda.
Berhati-hati dengan pihak ketiga di luar sana yang cuba untuk scam anda dengan menggunakan nama Wahed Investment ni. Anda tidak memerlukan pihak ke tiga untuk mula melabur.
Jangan lupa masukkan kod rujukan (referral code): faimda3 untuk dapatkan RM 10 atau USD$2.5 daripada Wahed Invest apabila anda masukkan modal nanti.
Dana yang dipilih oleh Wahed Invest untuk pelabur dari Malaysia adalah seperti berikut.
- Wahed FTSE USA Shariah ETF (HLAL)
- MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend (MYETFID)
- TradePlus Shariah Gold Tracker (GOLDETF)
- RHB Islamic Bond Fund (Bon terbitan RHB)
Mari kita lihat 10 senarai stock-stock hebat yang “holding” oleh HLAL ETF. (Anda boleh baca rujukan di internet mengenai ETF dan konsep pelaburannya). ETF boleh memegang (holdings) beratus-ratus saham dan ianya bergantung kepada berepa besar dana yang dimiliki. HLAL ETF mempunyai / memegang saham sebanyak 230 stock saham. 10 teratas adalah seperti berikut
Top 10 HLAL ETF Holdings (41.05% of Total Assets)
Name | Symbol | % Assets |
---|---|---|
Apple Inc | AAPL | 18.42% |
Johnson & Johnson | JNJ | 3.79% |
Procter & Gamble Co | PG | 3.50% |
Tesla Inc | TSLA | 3.00% |
Adobe Inc | ADBE | 2.25% |
Salesforce.com Inc | CRM | 2.10% |
Pfizer Inc | PFE | 2.07% |
Merck & Co Inc | MRK | 1.99% |
Intel Corp | INTC | 1.97% |
Thermo Fisher Scientific Inc | TMO | 1.96% |
Berikut adalah anggaran keuntungan pelaburan dengan Wahed Investment. Tapi ini adalah anggaran sahaja. Anda perlu tahu risiko-risiko pelaburan terlebih dahulu sebelum mula melabur.