728*90

Waze akhirnya Menambah Panduan Lorong supaya anda tahu bagaimana untuk terus berada di lorong anda

waze baru 2020

Waze App

Sekiranya anda seperti saya, dimana anda menggunakan waze setiap hari walaupun anda memandu jalan yang sama setiap hari.

banner

Kadang-kadang kita pasti mendengar Waze yang recalibrating berulang kali kerana kita menggunakan laluan yang salah sebab laluan yang ditunjukkan di dalam apps waze agak mengelirukan, terutama jika melibatkan jalan-jalan atau lorong kecil.

Sekarang, tidak lagi.

Waze secara rasmi telah mengumumkan bahawa mereka akan memasukkan ciri panduan lorong yang akan membimbing pemandu dengan lebih baik dalam membelok di persimpangan yang membingungkan. Mereka membuat pengumuman di acara maya pertama mereka, “Waze On”.

Fungsi ini sangat dinanti-nantikan oleh pengguna waze dan ciri ini sebenarnya sudah lama ada pada Google Maps.

“Ya, ia memerlukan masa sekitar 6 tahun untuk dilaksanakan, tetapi ia adalah berita baik bagi mereka yang lebih suka antara muka Waze.”

waze baru 2020

Cara kerjanya

Ketika dalam situasi di mana terdapat beberapa lorong, fungsi ini akan melayari lorong yang betul di bahagian atas screen handphone anda. Ciri ini pertama kali dilancarkan sebagai beta pada April 2020.

Selain daripada ciri panduan lorong, Waze juga akan menambah features cadangan perjalanan yang menunjukkan cadangan berdasarkan sejarah perjalanan pengguna. Ciri ini sebenarnya sudah ada di dalam Google Map. Dan dengan ada ciri ini, ianya akan memudahkan pengguna untuk mengetahui masa perjalanan di jalan-jalan yang sering digunakan.

Ini juga mengurangkan keperluan menaip semasa memandu dan akan segera menunjukkan anggaran masa perjalanan sehingga pengguna dapat memutuskan bila sesuai untuk memulakan perjalanan dan melalui jalan mana.

waze apps 2020

 

Baca JugaCara Nak Guna lampu suluh pada iPhone, iPad Pro, atau iPod touch anda

Hits: 17

About Macamamana my

Berpengalaman dan mempunyai minat mendalam di dalam Internet marketing, Web Development, internet & teknologi dan berkaitan gajet.

View all posts by Macamamana my →

Leave a Reply