Pernahkah anda menggunakan telefon pintar Samsung yang berusia lebih daripada lapan tahun? Mungkin terdapat sangat sedikit orang di dunia yang menggunakan peranti lama sedemikian. Tetapi bagi mereka yang mempunyai telefon-telefon lama samsung ini, terdapat beberapa berita yang tidak berapa baik untuk anda jika anda adalah pengguna WhatsApp. WhatsApp android berkemungkinan akan menamatkan sokongan untuk beberapa telefon lama Samsung.
Syarikat itu mungkin tidak lama lagi menamatkan sokongan untuk telefon pintar Android yang tidak menggunakan sekurang-kurangnya Android 5.0 (Lollipop). Peranti tersebut termasuk tujuh telefon pintar Samsung yang dikeluarkan pada 2011, 2012 dan 2013. Peranti tersebut termasuk Galaxy S2, Galaxy S3 Mini, Galaxy Core dan Galaxy Ace 2. Anda boleh mendapatkan senarai lengkap di bawah.
- Samsung Galaxy Ace 2
- Samsung Galaxy Core
- Samsung Galaxy S2
- Samsung Galaxy S3 Mini
- Samsung Galaxy Trend II
- Samsung Galaxy Trend Lite
- Samsung Galaxy Xcover 2
Semua peranti ini telah dikemas kini kepada Android 4.x, yang merupakan update OS Android terakhir untuk phone ini. Jadi, WhatsApp akan berhenti berfungsi pada telefon ini selepas 31 Disember 2022. Jika anda menggunakan mana-mana peranti ini, anda perlu mendapatkan telefon yang lebih baharu yang menjalankan sekurang-kurangnya Android 5.0, tetapi untuk jangka masa panjang, kami menasihati anda untuk membeli telefon yang sudah menjalankan Android 12 atau Android 13.
Senarai peranti yang tidak lagi menyokong WhatsApp termasuk 42 telefon pintar lain, termasuk yang daripada Apple, Archos, Grand, HTC, Huawei, Lenovo, LG, Memoi, Sony dan Wiko.
Sumber : sammobile.com