WhatsApp: Tidak lama lagi kita akan dapat mengadakan panggilan video sehingga 50 orang dengan menggunakan aplikasi whatsapp, dengan menggunakan shortcut ke platform Facebook Messenger Room.
WABeta Info melaporkan bahawa ciri itu sedang diuji di Web WhatsApp untuk ‘testing’, dan rancangan seterusnya adalah untuk menerapkannya pada peranti iOS.
Shortcut tersebut akan membawa pengguna ke Facebook Messenger, di mana mereka kemudian dapat membuat ‘room’ untuk meeting.
Notis pengalihan itu memberi amaran kepada pengguna bahawa chat di Messenger Room dilindungi oleh penyulitan dan kawalan privasinya (encryption and privacy controls) , tetapi tidak mempunyai enkripsi ujung ke ujung (end-to-end encryption) seperti WhatsApp.
Facebook Messenger Rooms
Messenger Rooms adalah perkhidmatan panggilan video yang boleh memuatkan sehingga 50 orang. Tetamu hanya memerlukan pautan jemputan (invitation link) untuk masuk ke ruangan (room) meeting tersebut, dan tidak perlu mempunyai akaun Facebook atau WhatsApp.
Ini adalah peningkatan yang ketara dari panggilan video WhatsApp yang sebelum ini iaitu hanya boleh memuatkan sehingga lapan orang sahaja.
WABeta Info mengatakan shortcut di Web WhatsApp akan berada di bawah menu Lampiran (Attachment menu ) dan juga menu Utama (Main Menu).
Ciri ini telah pun berfungsi untuk Android, shortcut di WhatsApp telah dilaksanakan pada versi 2.20.139 untuk Android beta.