WhatsApp memperkenalkan “self-destructing messages” pada tahun 2020

whatsapp mesej

Self-Destructing Messages, Ini adalah sesuatu yang boleh kita gunakan.

Whatsapp adalah aplikasi pemesejan yang paling popular di dunia, yang digunakan oleh sekitar 300 juta orang setiap hari.

Menurut laman teknologi WABetaInfo, WhatsApp akan memperkenalkan mesej hancur dengan sendiri kepada aplikasi whatsapp mereka pada tahun 2020.

Sebelum ini dirujuk sebagai “Disappearing Messages”, dan kini dinamakan semula “Deleted Messages”, ciri baru ini akan membolehkan pengguna menetapkan masa bila yang mereka mahu mesej dipadamkan di aplikasi.

Selain itu, Tech Radar telah menyatakan bahawa pengguna mengharapkan whatsapp melancarkan Mod Gelap (Dark Mode) pada aplikasi pada tahun baru, yang boleh ditukar secara manual, atau ditetapkan dan mampu bertukar secara automatik ke mod penjimatan kuasa bagi menjimatkan bateri.

Penambahan baru lain yang dijangka pada tahun 2020 termasuk wujudnya iklan pada WhatsApp Stories, serta Carian Imej Songsang, yang akan membolehkan pengguna untuk mengetahui di mana asal imej di forward.

 

whatsapp beta testing

UPDATE 2019 : WhatsApp menghalang orang menambahkan anda kepada chat group yang anda tidak mahu

Kemas kini WhatsApp terbaru (2019) akan menghalang pengguna menambahkan orang kepada sembang kumpulan tanpa persetujuan mereka.

Ciri terkini untuk peranti Android dan iOS membolehkan pengguna memutuskan siapa, jika ada, boleh menambahkannya ke kumpulan baru.

Ia boleh dilakukan menerusi setting privasi aplikasi whatsapp, dengan tiga pilihan tersedia ‘Semua orang’, ‘Kenalan Saya’ atau ‘Kenalan Saya Kecuali … (‘Everyone’, ‘My Contacts’, or ‘My Contacts Except…’)’

WhatsApp

Pilihan terakhir akan membolehkan pengguna menyekat kenalan tertentu daripada menambahkannya ke sembang kumpulan. Pengguna yang disekat akan dipaksa untuk menghantar jemputan chat group melalui private chat.

Lihat Juga :   Selepas bertahun-tahun, Microsoft Bing akhirnya mencapai 100 juta pengguna harian

Kemas kini telah dilancarkan di India bulan lepas dah telah boleh digunakan oleh pengguna WhasApp pada Nov 2019.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!