Ogos 1, 2021
windows 11 free upgrade

Windows 11 Free Upgrade kepada pengguna Windows 10

Windows 11 akan tersedia sebagai peningkatan percuma kepada pengguna Windows 10. Dengan syarat mesin anda memenuhi semua syarat minimum.

Beberapa hari yang lalu, Microsoft secara rasmi telah melancarkan sistem operasi (operating system) Windows terbarunya yang dipanggil Windows 11. Tetapi persoalan pertama kepada para pengguna adakah kita bolehkah mendapatkan Windows 11 secara percuma?atau free upgrade sama seperti ketika membuat upgrade dari windows 7 kepada windows 10.

Sekiranya anda sudah menggunakan Windows 10 sekarang di mesin anda, maka jawapan mudah adalah ya. Namun, ini hanya berlaku jika mesin anda dapat memenuhi syarat minimum sistem operasi yang dicadangakan. Sila lihat di sini spesifikasi minimum bagi Windows 11.

Untuk membantu pengguna mengetahui sama ada mesin mereka mampu menjalankan Windows 11, Microsoft telah mengeluarkan alat ringkas ini yang disebut PC Health Check yang boleh anda periksa di sini [download]:

cara check komputer windows 11

Sebelum anda tergesa-gesa untuk upgrade kepada sistem operasi Windows 11 ini, kami inigin memaklumkan kepada anda walaupun bahawa Windows 11 belum bersedia untuk dilepaskan kepada orang awam. Kumpulan orang pertama yang akan menerima sistem operasi baru adalah pengguna Windows Insider yang akan diberikan apa yang digambarkan oleh Microsoft sebagai binaan awal.

Versi khas ini mungkin akan kehilangan beberapa ciri yang telah ditunjukkan oleh syarikat itu pada acara pelancaran sebelum ini. Mengenai ketersediaan kepada orang awam, masih tidak ada tarikh yang ditetapkan pada masa ini tetapi Microsoft telah mengatakan bahawa ia akan berlaku pada akhir tahun ini.

(Sumber: Microsoft.)

Leave a Reply

%d bloggers like this: