Windows 11 kini boleh disambung ke iPhone

Microsoft telah melancarkan ciri baharu untuk Windows 11 yang membolehkan pengguna iPhone menyambungkan telefon mereka ke PC Windows dan mengakses pelbagai ciri daripada peranti itu. Ciri ini, dipanggil Phone Link for iPhone, pada masa ini hanya tersedia untuk pratonton di bawah program Windows Insiders.

Menurut Gizmochina (1/3), Phone Link berfungsi dengan memasang aplikasi pendamping pada iPhone yang disambungkan ke PC melalui Bluetooth. Setelah digandingkan, pengguna boleh melihat notification telefon mereka di Action Center PC dan mengurusnya dari sana. Mereka juga boleh membalas mesej teks menggunakan apps Phone Link pada PC, yang disync dengan apps Mesej pada iPhone. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa Phone Link untuk iPhone tidak menyokong membalas mesej kumpulan atau menghantar media dalam mesej.

Malangnya, tidak jelas bila Phone Link untuk iPhone akan tersedia kepada semua pengguna Windows 11 atau ciri lain yang ditawarkannya. Microsoft berkata ia sedang berusaha untuk menambah lebih banyak fungsi pada Phone Link dari semasa ke semasa. Contohnya, dalam Phone Link untuk telefon Android, pengguna boleh ‘drag & drop’ foto dari telefon mereka ke PC mereka menggunakan File Explorer atau aplikasi lain.

Phone Link ialah salah satu daripada banyak ciri baharu yang diperkenalkan oleh Microsoft dengan Windows 11, yang dilancarkan pada Oktober 2021. Sistem pengendalian baharu ini turut menampilkan menu START yang direka bentuk semula yang memusatkan ikon dan menunjukkan fail serta apps yang disyorkan; Microsoft Store baharu yang menawarkan lebih banyak apps dan permainan, termasuk apps Android melalui Amazon App Store; sokongan untuk widget yang memaparkan maklumat yang diperibadikan; peningkatan prestasi dan keselamatan; dan banyak lagi.

About Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error: Content is protected !!