Xiaomi akan melancarkan Xiaomi 13 Ultra pada 18 April ini di China. Dan disamping Xiaomi 13 Ultra, syarikat itu telah mengesahkan bahawa ia juga akan mengeluarkan tablet baharu, Xiaomi Pad 6 semasa acara yang sama.
Dipetik dari halaman Weibo rasminya Xiaomi, syarikat itu menunjukkan reka bentuk Pad 6 dengan aksesori utamanya. Ini termasuk sarung papan kekunci dan stilus.

Selain itu, poster teaser untuk tablet tersebut turut mendedahkan tiga pilihan warna iaitu hitam, kuning air dan biru muda. Pemeriksaan yang lebih dekat pada modul kamera di bahagian belakang menunjukkan bahawa Pad 6 akan menampilkan persediaan dwi-kamera 50MP.
Spesifikasi lain yang disahkan termasuk NFC, port USB-C dan pembesar suara quad. Nah, untuk spesifikasi penuh dan ciri peranti itu, kami hanya perlu menunggu sehingga pelancarannya pada 18 April ini.
Jadi, adakah anda teruja dengan tawaran tablet terbaru Xiaomi? Kongsi pendapat anda dengan kami dalam ulasan di bawah.