Yayasan Pahang : Diskaun 20% Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

yayasan pahang

Atas permintaan ramai, Kerajaan Negeri Pahang prihatin untuk melanjutkan kempen diskaun 20% bagi bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang hingga bulan Mac 2022. 

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail  dalam ucapan belanjawan Belanjawan Negeri Pahang 2022 memaklumkan;

Tempoh Kempen 

Diskaun 20% Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Diskaun 20% bagi bayaran balik pinjaman Yayasan Pahang ini bermula dari Januari 2022 sehingga Mac 2022.

Diskaun 20% Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Kempen diskaun 20% ini ditawarkan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara sekaligus ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain. Tiada had baki pinjaman.

Semakan Penyata Bayaran Balik

Untuk membuat semakan bayaran balik pinjaman Yayasan Pahang, sila klik pada pautan berikut;

https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx

Kaedah Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Terdapat beberapa kaedah untuk bayaran balik pinjaman pendidikan YP sebagaimana yang tertera dari laman portal Yayasan Pahang

1. Tunai/Debit card/ Kredit Card

Pembayaran boleh dibuat di kaunter bayaran balik seperti berikut:

  1. Kaunter Bayaran Balik di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan. (Waktu operasi : 8.00 pagi hingga 4.30 petang – Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)
  2. Kaunter Yayasan Pahang di UTC Pahang, Kuantan. (Waktu operasi : 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali cuti umum)

2. Kiriman Wang/Wang Pos/Cek/Bank Draf

Hendaklah ditulis di atas nama TABUNG PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN YAYASAN PAHANG. Sila tuliskan nama, nombor kad pengenalan, rujukan pinjaman dan alamat di belakangnya.

3. Potongan Gaji

Mengisi borang potongan gaji yang boleh didapati di YP. Pihak YP akan menguruskan urusan pemotongan gaji.

4. Perbankan Internet

Layari laman web perbankan internet berikut untuk membuat bayaran:

  • Maybank – http://www.maybank2u.com.my (sila klik di ‘Account & Banking, Education Loan, Yayasan Pahang’)
  • CIMB – http://www.cimbclicks.com.my (sila klik di ‘Pay Bills, Enter Billers Name, Yayasan Pahang’)
  • Pos Malaysia Berhad – http://www.posonline.com.my (No. Akaun 0601-0725226-05-5) Hanya di kaunter Pejabat Pos atau Pos Online sahaja.
  • JomPAY – Melalui perbankan internet atau telefon mudah alih dengan akaun semasa atau simpanan (Biller Code: 48538, Ref-1: No KP Peminjam, Ref 2: No. Telefon Peminjam).
  • Pahang GO – Melalui aplikasi mobile.
Lihat Juga :   Berikut Adalah Senarai Telefon 5G Yang Pada Masa Ini Disokong Oleh Rangkaian 5G Malaysia - DNB (Digital Nasional Berhad)

*Pastikan No. Kad Pengenalan peminjam TEPAT terutama bagi bayaran melalui akaun pihak ketiga atau bayaran dari akaun selain dari Peminjam Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang bagi mengelakkan bayaran tidak dapat dikenalpasti.

 

5. KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

Tuan/puan dikehendaki untuk menghubungi Unit Bayaran Balik Yayasan Pahang dan KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan Yayasan Pahang.

Namun untuk mendapat diskaun 20% bagi  Pinjaman Yayasan Pahang ini, anda dinasihatkan menghubungi sendiri Yayasan Pahang bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kaedah bayaran yang boleh dilakukan.

Info dan Maklumat Lanjut

Tuan/Puan boleh menghubungi senarai berikut sekiranya ada sebarang persoalan dan pertanyaan lanju;

  1. 09-5181800 = Yayasan Pahang
  2. 09-5181898 = En Amirul
  3. 09-5181886 = Pn Suzilawati
  4. 01116631800, 01116641800 (WhatsApp)
  5. 09-5181883 = Pn. Arina
  6. 09-5181820 = Pn. Rohana

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: